Hai semua... Fila tanya apa khabar semua? -lagu apa khabar..
Fila nak kongsi sesuatu ni... selain daripada buat bisnes Shaklee, apa juga aktiviti Fila kalau free...
USRAH!
Pernah dengarkan perkataan ni... Kalau free selalunya memang masa Fila diisi dengan mengisi makanan hati. Kenapa nak pergi Usrah?
Sebab ini bulatan gembira. Bulatan ni selalu ingatkan Fila tentang Akhirat. Menjadi seorang Murobbi kepada Mutarabbi. Bukan mudah !
yelah.. Kalau nak masuk Syurga, jalannya bukanlah dihampari dengan karpet merah. Tetapi jalan yang penuh onak dan duri. Tak ape... Rehat yang sebenar buat kami itu adalah di Syurga.
In shaa Allah...
Allah janjikan Syurga buat hambaNya yang berusaha menyampaikan kebaikan...
Kalau kita refresh balik apa tugas kita... Kenapa Allah cipta kita?
Nah ! Jawapan.. -ringankan sikit tangan tu-
2:30
51:56
jawapan ada didalam surah diatas.
Ramai yang dapat jalankan tugasnya sebagai hamba Allah tapi x ramai yang ingat bahawa dia ada satu lagi tugas iaitu sebagai "Khalifah" di muka bumi ini.
Allahuakbar... semoga Fila dan adik beradik lain terus tsabat dijalan ini.
apa yang best dgn usrah Fila...
Fila ade Granny, Mummy, Ibu... Along, Angah, Alang, Ateh, Acu , dan Usu. Ada makcik makcik serta cousin cousin. Semuanya selalu ingatkan tentang Akhirat. Apa yang salah mereka tegur padahal kami bukan sedarah sedaging. Tapi kami saudara iaitu seislam.
sebab tu hujung minggu Fila selalu bermakna.
Tapi tak lama lagi nak berpisah dah dengan mereka semua. Semoga keterikatan hati kita Lillahitaala takkan terpututs. Tak jumpa di dunia semoga kita jumpa di Jannah.
Semoga ALLAH memberkati kalian semua yang tahu siapa Fila yang dahulu dan siapa Fila yang sekarang. Korang yang nampak segala perubahan tu.
Ok dah... sebelum banjir laptop ni lepas ni, Fila berhenti dahulu ye.
Sekian, Assalamualaikum.
Lots of Love,