Tuesday 25 November 2014

Cara Membersihkan Kotoran Hati


Kita manusia. Manusia yang memang tidak akan sempurna kerana kesempurnaan tu milik ALLAH S.W.T. Hari ini saya nak kongsikan satu ilmu berguna yang saya dapat setelah membaca Majalah Jom!

Perkara yang tidak baik umpama debu; walaubagaimana sekali pun kita cuba mengelak, pasti akan ada yang melekat pada tubuh kita setiap hari. Apalagi dalam dunia sekarang ini. Begitu jugalah hati kita dan diri kita. Walau macam mana sekalipun kita menjaga diri, pasti akan ada kotoran yang melekat padanya.

Manusia pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu kita membersihkan kembali kotoran yang terpalit di hati kita. Antaranya termasuklah :

1. DEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN
Jangan jadikan Al-Quran hanya simpanan di dalam rumah. Sebaliknya, bacalah. Sekurang-kurangnya usahalah baca satu mukasurat Al-Quran sehari. Jika mapu, hayati tafsirnya. Lebih baik lagi jika mampu hadam isi kandungannya dan sekaligus mengamalkan isi kandungannya.



2. USAHA TINGGALKAN KEJAHATAN
Tiada manusia yang sempurna. Kita semua pasti melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tetapi, apa yang penting adalah kita menyesal dengan kesilapan yang telah kita lakukan itu dan benar-benar berazam untuk meninggalkannya.



3. BERTEMAN DENGAN ORANG YANG BAIK
Manusia selamanya tidak akan mampu untuk hidup bersendiri-sendiri. Lidi sebatang pasti amat mudah dipatangkan berbanding segenggam lidi. Betul kan?Jadi,tersangat lah pentinguntuk kita mempunyai sahabat yang bukan sahaja dapat menegur salah kita tapi juga dapat menasihati kita agar terus istiqamah atas jalan kebaikkan.




4. BIAH (SUASANA) YANG BAIK
Biah itu maksudnya suasana sekeliling tidak dapat tidak, sebenarnya sangat mempengaruhi diri kita. Carilah suasana yang dapat membantu dan mendorong kit untuk melakukan kebaikan. Apabila kita sentiasa dikelilingi dengan suasana yang baik, secara tidak langsung ia dapat memotivasikan diri kia untuk sama-sama melakukan kebaikan.





5. SIBUKKAN DIRI DENGAN KEBAIKAN
Hati umpama sebuah bekas yang tidak pernah kosong.Jika sebuah bekas tidak diisi dengan molekul molekul air, maka molekul molekul udara akan berlumba-lumba mengisi ruang tersebut. Begitulah juga dengan hati kita. Jika kita tidak sibukkan hati kita dengan perkara perkara baik, pastia ia akan dipenuhi dengan perkara perkara yang jahat. Nauzubillah.



6. JAGA SOLAT
Cuba solat di awal waktu. Jangan bertangguh. Seboleh mungkin, tinggalkan urusan duniawi yang sedang kita lakukan dan bersegeralah menyahut seruan ALLAH.













Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235

0109677884

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By Nad Dea

Hai semua yang sedang membaca. Cik Nad Dea kita buat Segmen Blogwalking & Kenali Blogger. First time buat segmen katanya. Saya pun first time join segmen macamni. Berjodoh jumpa blog Cik Nad Dea ni. So.. I'm so excited !
Kalau nak join..klik la banner kat bawah ni ^.^
Dateline : 30 Nov 2014


10 Fakta Mengenai saya (Fila)

1. Nama diberi sejak lahir ialah Dafila Binti Zulai.

2. Berasal dari Sarawak. Orang kampung.

3. Lahir pada 4 Januari 1993, 21 tahun.

4. Sangat gemar mendengar Qasidah.

5. Seorang pelajar Diploma In Nursing, Sem 5. InsyaAllah graduate Jun 2015.

6. Sangat gemar cuba sesuatu yang baru salah satunya join segmen macamni. First time ni!

7. Seorang pengedar sah Shaklee sebab produk ni berkesan untuk saya dan family saya.

8. Suka minum Vico + ESP Shaklee sebelum tidur. Tak boleh tidak !

9. Gemar baca majalah JOM!

10. Suka berkawan dengan ramai orang dari semua negeri. Kalau boleh nak belajar bahasa semua negeri di Malaysia.

11. Lilo & Stitch Lover.

12. Sangat tidak suka tempat yang sesak. Tapi hospital selalu jugak sesak. hehehe...

-Fakta lebih 10- hehehe




Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235

0109677884

Saturday 22 November 2014

PENAPIS AIR MUDAH

Hari ini nak kongsi sedikit pasal GET CLEAN WATER PITCHER daripada Shaklee ni. Tanpa wayar, tanpa perlu sambung ke paip.
Bagaimana?
PENAPIS AIR CUMELL

Get Clean Water adalah revolusioner baru iaitu penapisan sistem water filtration pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% lead, serta berpuluh-puluh bahan pencemar yang lain yang boleh hadir anda dan mungkin berbahaya kepada kesihatan anda.

Multipatented Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air anda. Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen air, dua kali ganda dan setiap penapis dibuat dari tempurung kelapa yang mampan karbon yang menggunakan proses zeroemission. 

Tambahan pula, ia adalah water-filtration pertama dengan sistem penapis karbon-blok yang boleh diisi semula, jadi kurang sisa akan ke tapak pelupusan. Bersih, air yang sihat dan planet yang lebih bersih, sihat?



sumber : Buku Panduan Nutrisi, Mr. Google (Gambar)
Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Thursday 20 November 2014

SAYA DAN MASTER DAN SAYA

Kisah kami bermula begini...
{1 new message from Mummy Athirah}
"Fila..ada berita gembira utk Fila ni...ade sideline jemput untuk program "Lets Design Your Life" di Sarawak... Dianjur oleh Master to be Nur Zahirah"-attach satu gambar.
ni gambar nya :)
Saya simpan lagi poster dia tau. Masa tu macam nak melompat seronok. Lagi-lagi di Kuching Park Hotel..memang seronok la jadinya.
Masa tu tak fikir lain dah...fikir mesti pegi jugak. Saya pinjam duit kakak saya untuk bayar masuk. Terima kasih kak :)
Nak sampai ke situ pun kakak yang hantarkan. Habis program pun kakak yang datang ambil.
Masa ni segala perasaan ada tapi yang paling nervous ialah dapat jumpa orang baru.. Fila je yang merupakan sideline..Orang lain memang Master Zaleha kenal.
Masa ni nak menangis pun ada sebab tanpa upline disisi. Ini kan progaram Shaklee yang pertama saya hadiri. Lagi lucu bila saya pakai baju kurung.. Hahahahaha... Macam nak pergi kenduri kahwin orang. Tengok ni..
baju kurung :)
Ni Master to be Zaleha
Master To be Zaleha ni orang Sarawak tau. Seronok sangat masa ni dapat jumpa orang yang berilmu dan sudi berkongsi ilmu.
Ini semua kawan kawan baru yang sama sama berjuang dalam Shaklee. 
Dan yang paling seronok bila dapat rasa aura seorang Master yang hebat. Dapat jumpa, peluk dan dengar ilmu daripada beliau. 
Inilah kisah pertemuan pertama saya dalam Shaklee.




Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884

Friday 14 November 2014

PROJEK TABUNG SUBUH

Inilah projek kami di SPARKLE (rumah family shaklee saya)...Kami sama-sama viralkan PROJEK TABUNG SUBUH...for what? nak ajak lebih ramai orang buat kebaikan...
jum join kami dalam projek ini..buatlah guna apapun bekas yang berada di sekitar anda..
ini saya punya ^.^
Ini kisah disebalik tabung subuh..pencetus idea sebenar dirahsiakan.
("saya" dalam cerita dibawah adalah pencetus idea ini-bukan saya)
semoga beliau dirahmati ALLAH atas usaha ini...
[PROJEK SUBUH ]
RAHSIA MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
Sememangnya hidup kita penuh dengan dugaan.
Banyak perkara menjadikan kita stress..Masalah kewangan, kerja dan sebagainya.

Saya ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat semua.
Sedekah Subuh...
Perkara ini telah lama (hampir 10 tahun lamanya) cuma baru-baru ini saja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan di sembunyikan.
Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah, saya mewarwarkan disini.
Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat.
Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut, terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...Mudah sekali...
Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
Seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
So..Jom la sama2 kita berazam utk mula Istiqamahkannya.

SPARKLE'S TABUNG SUBUH


Sumber : Dear Health, I Heart You (fb page)
Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Thursday 13 November 2014

Perbezaan Omega Guard Shaklee



OMEGA GUARD

Minyak Ikan Terbaik Dunia.
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hatiminyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran,

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi, Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-EPA dan HDA.

Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB-merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.



sumber : Shaklee Panduan Nutrisi

Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Tuesday 11 November 2014

AJHT SHAKLEE


Nama pendek : AJHT

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) :
Mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi didalam jangkamasa seawal 5 hari iaitu hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :
1. Mengalakkan mobiliti.
2. Meningkatkan fleksibiliti.
3. Meningkatkan fungsi sendi.
4. Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas  : zinc,kuprum,manangese dan VITAMIN C-setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak mengandungi kondroitin, satu bahan ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. 100% bebas daripada kekerang dan 100% vegetarian.




Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Friday 7 November 2014

Kebaikan ESP




Perbezaan Shaklee :

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertaman ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70 an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "NON-GMO" (non-Gentically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang penyediaan 9 amino asid penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia juga diperkayakan oleh 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee bersamaan ini bersamaan :




Kepentingan Protein :

1. Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.

2. Meransang fungsi psikologi.

3. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan cecair dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon.


Manfaat Utama ESP :

1. Awet Muda- asid amino penting untukmembina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kholestrol, mencegah osteoporosis, dan sakit jantung.

3. Baik untuk Prostat- Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser.

4. Kulit Remaja- Mearngsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan oto, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6. Membaiki Pigmentasi- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur,membaiki masalah pigmentasi,kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki memori- meningkatkan kualiti memori dan vitaliti.





Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Wednesday 5 November 2014

MENGAWAL BERAT BADAN ADALAH SATU IBADAH

Mula-mula tanya pada diri.
Kenapa kita perlu berat badan yang ideal dan elak obesiti? Pernah atau tidak kita merenung bahawa usaha mengawal berat badan ini sebagai salah satu ibadah?
Cuba anda bayangkan, apabila kita sihat, mempunyai berat badan yang sihat, tentu sahaja kita lebih mudah untuk beribadah. Bukan kata individu yang memiliki berat badan yang berlebihan ini tidak dapat beribadah. Boleh! 
Cuma agak sukar bergerak.
Yang nak disampaikan disini ialah, apabila berat kita di peringkat berat badan yang ideal, badan kita akan terasa lebih ringan untuk bergerak ke kuliah agama dan menunaikan solat. Kita akan rasa kurang mengantuk semasa membaca al-Quran, malah kita hanya makan untuk keperluan tubuh dan bukan kerana nafsu.
Bukankah ini semua menjadi ibadah jika kita niatkan kerana Allah? Jadi, jum kita sama-sama mencari teman yang kita boleh percaya untuk menjadi mentor kita sepanjang proses perubahan tabiat makanan. Adalah lebih baik lagi jika mempunyai teman yang boleh melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan bersenam sebagai rutin mingguan.
"Kenapa nak kurus? Aku gembira je dengan diri aku sekarang."

"Alah....kurus bukan cantik pun, macam tiang je aku tengok."

Mempunyai kesedaran berkaitan kepentingan memelihara kesihatan melalui pemakanan yang betul itu sangat penting. Walaupun pada usia yang muda kerana langkah menjaga pemakanan yang betul adalah menjamin anda yang lebih sihat di masa tua.
Formula untuk mempunyai badan yang sihat :
BERAT BADAN YANG SIHAT =

Kurangkan pengambilan kalori + Banyakkan bergerak

Nampak?
Mudahkan?
Tapi tanpa tekad dan azam yang tinggi semuanya jadi susah.
Apa pulak beza awak yang cuba kuruskan berat badan hanya dengan jaga pemakanan dan bersenam dengan individu yang melakukan perkara yang sama tetapi ditambah dengan pengambilan suplemen?
Jawapan saya : Kesannya akan lebih cepat. Awak yang hanya jaga makan dan bersenam mungkin akan turun 3 kg dalam sebulan tetapi individu yang melakukan perkara yang sama dan ditambah dengan memakan suplemen mungkin akan turun 6 kg sebulan. Nampakkan perbezaannya?
Dan bagi saya, sah sah saya akan cadangkan suplemen Shaklee untuk awak. Kenapa?
Kerana Shaklee adalah suplemen yang sangat selamat, mesra alam dan berkesan. Sumber 100% semulajadinya membuatkan saya percaya bahawa ia tidak akan mendatangkan kesan lain kepada badan anda sama seperti anda makan sayur yang ditanam dan dipetik sendiri di luar rumah. Tanpa bahan pengawet dan pewarna. Segalanya semulajadi.
liquidpaper tu blog lama saya :)
Jadi...semoga semngat kalian yang ingin turunkan berat badan ke berat badan yang ideal, Fila doakan kalian semua berjaya. Ingat! Niatkan LILLAHITAALA... Semoga usaha kalian diredhai dan mendapat manfaat buat diri kalian dan orang sekeliling. Aamiin...


rujukan : Majalah Jom! isu 29.
Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Tuesday 4 November 2014

VITA-LEA


VITA-LEA with IRON FORMULA
Vita-lea merupakan multi yang hebat. Suplemen seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Kandungan yang terdapat dalam vitalea ialah :

28 jenis vitamin dan mineral
Jika diambil secara harian, Vita Lea boleh :

1. meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
2. menyokong jngka hayat hati, usus, dan kesihatan mata.
3. meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
4. memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.


  • disokong oleh 7 kajian klinikal.
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel sel baru.
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.
Shaklee yang cepat larut :  


Ini pulak wajah Vita-Lea pada zaman dahulu :



sumber:
*Mr.Google
*Product Guide 2013
Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884
http://www.anafila.blogspot.com

Perbezaan Shaklee

Kalau kata belum semua mengenali Shaklee. Percaya atau Tidak?
Jawapan saya : Percaya !
Kenapa? Kerana ramai yang hantar mesej kepada saya bertanyakan Apa Shaklee? Apa kelebihan Shaklee? Soalan utama yang akan ditanyakan.
Ini jawapan untuk anda.
Perbezaan Shaklee

1.Always Safe
   Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard kami tiada bandingannya. Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 100, 000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

2.Always Works
   Shaklee bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka tidak mengambil suplemen langsung.

   Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa ; dan juga berjuta juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.

3.Always Green
   Selama lebih daripada 55 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral TM bagi mengimbang pengeluaran gas rumah hijau Shaklee. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda juga bumi anda.

Pilihan yang kita buat hari demi hari hari merupakan peranan yang penting dalam membentuk kesihatan akan datang. Kajian saintifik mengesahkan yang mengawal berat badan, makan secara seimbang dan sihat, pengambilan suplemen yang baik dan kurang terdedah  kepada bahan kimia serta toksin di rumah dapat mengurangkan risiko kesihatan di masa depan. Shaklee adalah pilihan semulajadi yang selamat, produk yang terbukti berkesan membantu mencipta masa depan yang lebih sihat untuk diri anda dan juga bumi ini. 


(Sumber : Shaklee Product Guide 2013)

Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884
http://www.anafila.blogspot.com

Shaklee dan Saya

Fila mula melihat jenama Shaklee ialah pada bulan Ogos 2013 iaitu pada masa tersebut kakak Fila memilih Shaklee Set Berpantang untuk dijadikan supplement selepas dia melahirkan anak kedua.
Entah bagaimana, tiba tiba Kak Tiera (upline saya) muncul di laman blog Fila dan komen di salah satu post Fila. Bermula disitulah ukhuwah terjalin sehingga kami bertukar alamat Facebok.
Suatu hari, Kak Tiera ni minta tolong Fila untuk like page yang dia baru create. Saya ingat lagi masa tu nama page ialah "Dear Shaklee, I Heart You" yang sekarang ni dah bertukar iaitu "Dear Health, I Heart You". Tanpa Fila sangka sangka produk ini telah membuka hati Fila untuk membeli dengan terus menjadi ahli. Nak dapatkan harga ahli tu yang penting bagi Fila sebenarnya. Masani. tak berniat lagi untuk berniaga. Hanya untuk makan sendiri. Set Skincare menjadi pilihan.
ESP
* untuk kulit gebu
*bersumberkan protein untuk baiki sel kulit mati
*untuk menghilangkan parut jerawat
*sesuai untuk semua golongan

*awet muda dan melambatkan proses uban
*mengurangkan stress
*mengandungi asid folic
*mencegah anemia
*melembapkan kulit 

*membentuk kolegen
*menghilangkan kedut
*menghilangkan jeragat
*merawat kulit kasar dan kering

*memudarkan parut
*meningkatkan keanjalan kulit
*melawan kesan penuaan
Bermula daripada bulan 9 Fila ambil semua vitamin vitamin ini sehinggalah bulan 12, Fila mula perasan yang eczema yang selalu hadir pada jari mula hilan sedikit demi sedikit, parut jerawat muka juga mula pudar, kulit menjadi tidak menggelupas kalau terkena panas. Jari jemari mulai halus tidak sekasar dahulu. Kulit kembali lembap dan tidak lagi bersisik.

Alhamdulillah. Tiada kejayaan tanpa usaha dandoa. ALLAH MAHA PENYEMBUH. Dan Fila memilih Shaklee sebagai asbabnya sebab Fila yakin dengan keaslian dan sumbernya yang semulajadi tanpa bahan pengawet. Halal statusnya.

Status di facebook hanyalah untuk berkongsi kegembiraan stelah semenjak tingkatan 1 menghidapi eczema dan alahan kepada makanan laut. Setelah hampir berputus asa mendapat rawatan di klinik klinik termasuklah pakar kulit. Akhirnya Shaklee juga menjadi pilihan saya dan ianya berkesan. Namun, tanpa Fila duga, sahabat-sahabat Facebook mula membanjiri inbox untuk penjelasan. Sehinggalah ada yang ingin mencubanya.

Masa itu, Fila langsung tak tahu bagaimana nak membuat tempahan dan sebagainya. Akhirnya tempahan hanya dilakukan melalui Kak Tiera. Semua urusan termasuklah pengeposan. Banyak jasa beliau buat downline yang sifar seperti Fila.

Setelah menyedari potensi pasaran Shaklee dalam kalangan rakan rakan di Facebook, Fila membuat keputusan untuk berniaga. Fila mula mendapt khidmat nasihat dan menyedut segalan ilmu di Sparkle (rumah shaklee Fila). Dan disinilah bermulanya hidup Fila sebagai seorang yang perlu menyedarkan masyarakat kepentingan menjaga kesihatan dengan bantuan makanan tambahan. Bukan mudah bermula dari sifar namun tiada yang mustahil sekiranya benar kita ingin berusaha.



Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884
http://www.anafila.blogspot.com