Wednesday, 10 December 2014

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS


Adakah anda tahu?

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri seperti arnab. Arnab mampu menghasilkan 18 000 mg vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula, vitamin C larut-air dan akan hilang secara berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.


Kajian daripada Dr. James Scala telah menunjukkan adalah selamat untuk mengambil 5000 mg hinga 10 000 mg Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C mengambil 18g sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.

Perbezaan Shaklee:

“Sains pembebasan berterusan secara semulajadi” vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang msa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavoid (25% dari bioflavoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Manfaat utama :

1. Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asa otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempetingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


2. Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


3. Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dankuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, dan asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.


4. Memerangi kanser - Ia adalah satu satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ianya juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum iamenyerang sel-sel badan kita.


5. Mencantikkan kulit - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


6. Memperbaiki insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.


7. Mengekalkan kolesterol sihat - Ianya mampu mengurangkankolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.








Vitamin C yang memadai dari Buah?



Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.



Amaran!!!

1 batang rokok mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C.

Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C.

Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak.

Terlebih dos vitamin C -melebihi 12 tablets akan menyebabkan sedikit cirit-birit.




Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884
http://www.anafila.blogspot.com

Tuesday, 9 December 2014

KENAPA SHAKLEE?



Kenapa mesti SHAKLEE? Bukan yang lain?
Dan kenapa insan hebat yang bakal saya perkenalkan ni memilih Shaklee.






20 SEBAB KENAPA KAK LONG PILIH SHAKLEE?

1. Kekuatan produk. Produk yang bagus. Shaklee  berasaskan bahan semulajadi, melalui kajian terperinci & ujian yg ketat. Shaklee berdaftar dgn KKM & yang paling penting disahkan halal. Lebih 57 tahun. The Shaklee Difference ~ Always Safe, Always Works, Always Green.

2. Syarikat yg mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Sudah 57 tahun di dunia. Dah established.

3. Sistem yg adil & terbukti. Yang paling penting patuh syariah.

4. Shaklee bayar bonus yang tinggi pada pengedarnya, 50% daripada keuntungan syarikat (satu ciri syarikat yg baik). Banyak sangat benefit selain cash bonus, ada car bonus & mcm2 insentif. Satu peluang yang sangat besar. Shaklee sangat menghargai pengedarnya.

5. Satu bisnes yang boleh diwariskan pada anak cucu.

6. Income yang tidak terhad (unlimited income). Boleh jadi passive income dan pelan untuk persaraan. Berpencen dengan Shaklee!

7. Bisnes produk kecantikan & kesihatan adalah antara bisnes yg terbaik, seperti mana pernah dikatakan oleh DAO & Faisal Abdullah. Industri yg bernilai billion dollar, termasuk di Malaysia.

8. Tidak perlukan modal untuk mulakan bisnes. Tak perlu buat pinjaman bank dan tak perlu berhutang dengan sesiapa.

9. Boleh dilakukan 100% dari rumah. Home-based business.

10. Tak perlukan premis perniagaan. Kan mahal nak sewa kedai.

11. Tak perlu simpan stok yang banyak. Tak ada stok langsung pun boleh.

12. Hampir tiada risiko rugi, barang rosak, tak laku dan sebagainya. Biasanya dalam bisnes, high risk high return.. tapi Shaklee.. no risk tp high return.. mana nak cari.

13. Kalis recession (kalis kemelesetan ekonomi), insya Allah. Maksudnya dlm keadaan ekonomi bagus atau tidak, orang tetap akan beli. Orang tetap perlukan suplemen & produk kesihatan.

14. Peluang perniagaan online yg sangat besar, seperti mana kajian oleh SKMM & Paypal berkenaan peningkatan pembeli online & nilai yg dibelanjakan secara online meningkat sehingga berbillion ringgit. Drp kajian seorang pensyarah di Malaysia (yg terbaru), bisnes online lahirkan paling ramai jutawan. Kaitannya dgn Shaklee? Shaklee boleh dibuat 100% secara online, lebih2 lagi kita ada online system.

15. Syarat utk berjaya dlm bisnes adalah M.E.S.T.I. Mentor, Elmu, Sistem, Tindakan & Impian. Ramai yg dah berjaya dapat income sehingga 6-7 angka sebulan. Dlm Shaklee, kita dah ada mentor & sistem yg dah tersedia.. malah, peluang menuntut ilmu yg sentiasa terbuka luas… tinggal lagi TINDAKAN & IMPIAN saja utk berjaya.

16. Shaklee menyumbang kepada kepimpinan alam sekitar sejak 5 dekad yg lalu. Syarikat pertama di dunia yg memperolehi pensijilan "Climate neutral". Kita sokong Shaklee, kita juga menyokong usaha ke atas alam sekitar yg lebih baik. GO GREEN.

17. Blh jd MLM pahala… peluang utk dpt pahala yg berpanjangan, walaupun kita sudah tiada di dunia ini (drp ilmu yg dicurahkan generasi demi generasi… menjadi ilmu yg bermanfaat)

18. Income yg berpanjangan, dgn itu blh jadi amal yg berpanjangan… walaupun kita sudah tiada di dunia ini (seperti yg dijelaskan).

19. Donald Trump & Robert Kiyosaki pun sokong MLM. Juga DAO, pun sokong MLM. Justeru, kenapa tidak?

20. Suplemen Shaklee sbg alternatif kpd ubatan kimia & drugs (ini lbh kpd sebab peribadi tp satu sebab yg penting juga utk diri sy.. Shaklee jauh lg selamat drp ubat yg ada byk side effect). Shaklee utk mencegah…  kerana mencegah lebih baik drp merawat.



sumber : Inspirasi Legasi (Telegram Online)


Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235

0109677884




VITA-E COMPLEX



Apa khabar semua pembaca? Semoga terus kekal beriman, sihat, cantik dan bertakwa. Hari ini saya kongsikan secara lebih mendalam mengenai Vita-E complex Shaklee.

PERBEZAAN SHAKLEE : 

Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta).

Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium, dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

KANDUNGAN VITA-COMPLEX:



MANFAAT UTAMA :

  • Melindungi jantung - pengambilan harian 800 IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain. 



  • Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif - 1 kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600-800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 

  • Antipenuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurankan kedut dan garis halus, parut, acne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada, dan otot peha. 


  • Anti-oksidan yang kuat - pengambilan lebih dari 1,200 IU vitamin E sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, menurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan. 


  • Kelestarian Tenaga - meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen lebih. 


  • Memperbaiki Arthritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, dan sakit sendi. 


  • Menghalang keguguran - merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom pra-haid, dan sindrom menopous seperti hotflush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

  • Memperbaiki parut - memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut. 



Adakah vitamin E selamat?

Didalam buku “Pescription For Longevity” yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuatkan kesimpulan dos selamat ialah 3,200 IU.





sumber : Buku Panduan Nutrisi





Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884


Tuesday, 25 November 2014

Cara Membersihkan Kotoran Hati


Kita manusia. Manusia yang memang tidak akan sempurna kerana kesempurnaan tu milik ALLAH S.W.T. Hari ini saya nak kongsikan satu ilmu berguna yang saya dapat setelah membaca Majalah Jom!

Perkara yang tidak baik umpama debu; walaubagaimana sekali pun kita cuba mengelak, pasti akan ada yang melekat pada tubuh kita setiap hari. Apalagi dalam dunia sekarang ini. Begitu jugalah hati kita dan diri kita. Walau macam mana sekalipun kita menjaga diri, pasti akan ada kotoran yang melekat padanya.

Manusia pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu kita membersihkan kembali kotoran yang terpalit di hati kita. Antaranya termasuklah :

1. DEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN
Jangan jadikan Al-Quran hanya simpanan di dalam rumah. Sebaliknya, bacalah. Sekurang-kurangnya usahalah baca satu mukasurat Al-Quran sehari. Jika mapu, hayati tafsirnya. Lebih baik lagi jika mampu hadam isi kandungannya dan sekaligus mengamalkan isi kandungannya.



2. USAHA TINGGALKAN KEJAHATAN
Tiada manusia yang sempurna. Kita semua pasti melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tetapi, apa yang penting adalah kita menyesal dengan kesilapan yang telah kita lakukan itu dan benar-benar berazam untuk meninggalkannya.



3. BERTEMAN DENGAN ORANG YANG BAIK
Manusia selamanya tidak akan mampu untuk hidup bersendiri-sendiri. Lidi sebatang pasti amat mudah dipatangkan berbanding segenggam lidi. Betul kan?Jadi,tersangat lah pentinguntuk kita mempunyai sahabat yang bukan sahaja dapat menegur salah kita tapi juga dapat menasihati kita agar terus istiqamah atas jalan kebaikkan.




4. BIAH (SUASANA) YANG BAIK
Biah itu maksudnya suasana sekeliling tidak dapat tidak, sebenarnya sangat mempengaruhi diri kita. Carilah suasana yang dapat membantu dan mendorong kit untuk melakukan kebaikan. Apabila kita sentiasa dikelilingi dengan suasana yang baik, secara tidak langsung ia dapat memotivasikan diri kia untuk sama-sama melakukan kebaikan.





5. SIBUKKAN DIRI DENGAN KEBAIKAN
Hati umpama sebuah bekas yang tidak pernah kosong.Jika sebuah bekas tidak diisi dengan molekul molekul air, maka molekul molekul udara akan berlumba-lumba mengisi ruang tersebut. Begitulah juga dengan hati kita. Jika kita tidak sibukkan hati kita dengan perkara perkara baik, pastia ia akan dipenuhi dengan perkara perkara yang jahat. Nauzubillah.



6. JAGA SOLAT
Cuba solat di awal waktu. Jangan bertangguh. Seboleh mungkin, tinggalkan urusan duniawi yang sedang kita lakukan dan bersegeralah menyahut seruan ALLAH.













Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235

0109677884

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By Nad Dea

Hai semua yang sedang membaca. Cik Nad Dea kita buat Segmen Blogwalking & Kenali Blogger. First time buat segmen katanya. Saya pun first time join segmen macamni. Berjodoh jumpa blog Cik Nad Dea ni. So.. I'm so excited !
Kalau nak join..klik la banner kat bawah ni ^.^
Dateline : 30 Nov 2014


10 Fakta Mengenai saya (Fila)

1. Nama diberi sejak lahir ialah Dafila Binti Zulai.

2. Berasal dari Sarawak. Orang kampung.

3. Lahir pada 4 Januari 1993, 21 tahun.

4. Sangat gemar mendengar Qasidah.

5. Seorang pelajar Diploma In Nursing, Sem 5. InsyaAllah graduate Jun 2015.

6. Sangat gemar cuba sesuatu yang baru salah satunya join segmen macamni. First time ni!

7. Seorang pengedar sah Shaklee sebab produk ni berkesan untuk saya dan family saya.

8. Suka minum Vico + ESP Shaklee sebelum tidur. Tak boleh tidak !

9. Gemar baca majalah JOM!

10. Suka berkawan dengan ramai orang dari semua negeri. Kalau boleh nak belajar bahasa semua negeri di Malaysia.

11. Lilo & Stitch Lover.

12. Sangat tidak suka tempat yang sesak. Tapi hospital selalu jugak sesak. hehehe...

-Fakta lebih 10- hehehe




Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235

0109677884

Saturday, 22 November 2014

PENAPIS AIR MUDAH

Hari ini nak kongsi sedikit pasal GET CLEAN WATER PITCHER daripada Shaklee ni. Tanpa wayar, tanpa perlu sambung ke paip.
Bagaimana?
PENAPIS AIR CUMELL

Get Clean Water adalah revolusioner baru iaitu penapisan sistem water filtration pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% lead, serta berpuluh-puluh bahan pencemar yang lain yang boleh hadir anda dan mungkin berbahaya kepada kesihatan anda.

Multipatented Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air anda. Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen air, dua kali ganda dan setiap penapis dibuat dari tempurung kelapa yang mampan karbon yang menggunakan proses zeroemission. 

Tambahan pula, ia adalah water-filtration pertama dengan sistem penapis karbon-blok yang boleh diisi semula, jadi kurang sisa akan ke tapak pelupusan. Bersih, air yang sihat dan planet yang lebih bersih, sihat?



sumber : Buku Panduan Nutrisi, Mr. Google (Gambar)
Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Thursday, 20 November 2014

SAYA DAN MASTER DAN SAYA

Kisah kami bermula begini...
{1 new message from Mummy Athirah}
"Fila..ada berita gembira utk Fila ni...ade sideline jemput untuk program "Lets Design Your Life" di Sarawak... Dianjur oleh Master to be Nur Zahirah"-attach satu gambar.
ni gambar nya :)
Saya simpan lagi poster dia tau. Masa tu macam nak melompat seronok. Lagi-lagi di Kuching Park Hotel..memang seronok la jadinya.
Masa tu tak fikir lain dah...fikir mesti pegi jugak. Saya pinjam duit kakak saya untuk bayar masuk. Terima kasih kak :)
Nak sampai ke situ pun kakak yang hantarkan. Habis program pun kakak yang datang ambil.
Masa ni segala perasaan ada tapi yang paling nervous ialah dapat jumpa orang baru.. Fila je yang merupakan sideline..Orang lain memang Master Zaleha kenal.
Masa ni nak menangis pun ada sebab tanpa upline disisi. Ini kan progaram Shaklee yang pertama saya hadiri. Lagi lucu bila saya pakai baju kurung.. Hahahahaha... Macam nak pergi kenduri kahwin orang. Tengok ni..
baju kurung :)
Ni Master to be Zaleha
Master To be Zaleha ni orang Sarawak tau. Seronok sangat masa ni dapat jumpa orang yang berilmu dan sudi berkongsi ilmu.
Ini semua kawan kawan baru yang sama sama berjuang dalam Shaklee. 
Dan yang paling seronok bila dapat rasa aura seorang Master yang hebat. Dapat jumpa, peluk dan dengar ilmu daripada beliau. 
Inilah kisah pertemuan pertama saya dalam Shaklee.




Lots of Love,
Fila
SHAKLEE 1028235
0109677884

Friday, 14 November 2014

PROJEK TABUNG SUBUH

Inilah projek kami di SPARKLE (rumah family shaklee saya)...Kami sama-sama viralkan PROJEK TABUNG SUBUH...for what? nak ajak lebih ramai orang buat kebaikan...
jum join kami dalam projek ini..buatlah guna apapun bekas yang berada di sekitar anda..
ini saya punya ^.^
Ini kisah disebalik tabung subuh..pencetus idea sebenar dirahsiakan.
("saya" dalam cerita dibawah adalah pencetus idea ini-bukan saya)
semoga beliau dirahmati ALLAH atas usaha ini...
[PROJEK SUBUH ]
RAHSIA MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
Sememangnya hidup kita penuh dengan dugaan.
Banyak perkara menjadikan kita stress..Masalah kewangan, kerja dan sebagainya.

Saya ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat semua.
Sedekah Subuh...
Perkara ini telah lama (hampir 10 tahun lamanya) cuma baru-baru ini saja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan di sembunyikan.
Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah, saya mewarwarkan disini.
Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat.
Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut, terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...Mudah sekali...
Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
Seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
So..Jom la sama2 kita berazam utk mula Istiqamahkannya.

SPARKLE'S TABUNG SUBUH


Sumber : Dear Health, I Heart You (fb page)
Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Thursday, 13 November 2014

Perbezaan Omega Guard Shaklee



OMEGA GUARD

Minyak Ikan Terbaik Dunia.
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hatiminyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran,

Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi, Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-EPA dan HDA.

Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-merbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB-merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.



sumber : Shaklee Panduan Nutrisi

Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884

Tuesday, 11 November 2014

AJHT SHAKLEE


Nama pendek : AJHT

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) :
Mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi didalam jangkamasa seawal 5 hari iaitu hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :
1. Mengalakkan mobiliti.
2. Meningkatkan fleksibiliti.
3. Meningkatkan fungsi sendi.
4. Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas  : zinc,kuprum,manangese dan VITAMIN C-setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal didalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak mengandungi kondroitin, satu bahan ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. 100% bebas daripada kekerang dan 100% vegetarian.




Lots of Love,
Fila

SHAKLEE 1028235
0109677884