Kita manusia. Manusia yang memang tidak akan sempurna kerana kesempurnaan tu milik ALLAH S.W.T. Hari ini saya nak kongsikan satu ilmu berguna yang saya dapat setelah membaca Majalah Jom!
Perkara yang tidak baik umpama debu; walaubagaimana sekali pun kita cuba mengelak, pasti akan ada yang melekat pada tubuh kita setiap hari. Apalagi dalam dunia sekarang ini. Begitu jugalah hati kita dan diri kita. Walau macam mana sekalipun kita menjaga diri, pasti akan ada kotoran yang melekat padanya.
Manusia pastinya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk membantu kita membersihkan kembali kotoran yang terpalit di hati kita. Antaranya termasuklah :
1. DEKATKAN DIRI DENGAN AL-QURAN
Jangan jadikan Al-Quran hanya simpanan di dalam rumah. Sebaliknya, bacalah. Sekurang-kurangnya usahalah baca satu mukasurat Al-Quran sehari. Jika mapu, hayati tafsirnya. Lebih baik lagi jika mampu hadam isi kandungannya dan sekaligus mengamalkan isi kandungannya.
2. USAHA TINGGALKAN KEJAHATAN
Tiada manusia yang sempurna. Kita semua pasti melakukan kesilapan sama ada secara sengaja ataupun tidak. Tetapi, apa yang penting adalah kita menyesal dengan kesilapan yang telah kita lakukan itu dan benar-benar berazam untuk meninggalkannya.
3. BERTEMAN DENGAN ORANG YANG BAIK
Manusia selamanya tidak akan mampu untuk hidup bersendiri-sendiri. Lidi sebatang pasti amat mudah dipatangkan berbanding segenggam lidi. Betul kan?Jadi,tersangat lah pentinguntuk kita mempunyai sahabat yang bukan sahaja dapat menegur salah kita tapi juga dapat menasihati kita agar terus istiqamah atas jalan kebaikkan.
4. BIAH (SUASANA) YANG BAIK
Biah itu maksudnya suasana sekeliling tidak dapat tidak, sebenarnya sangat mempengaruhi diri kita. Carilah suasana yang dapat membantu dan mendorong kit untuk melakukan kebaikan. Apabila kita sentiasa dikelilingi dengan suasana yang baik, secara tidak langsung ia dapat memotivasikan diri kia untuk sama-sama melakukan kebaikan.
5. SIBUKKAN DIRI DENGAN KEBAIKAN
Hati umpama sebuah bekas yang tidak pernah kosong.Jika sebuah bekas tidak diisi dengan molekul molekul air, maka molekul molekul udara akan berlumba-lumba mengisi ruang tersebut. Begitulah juga dengan hati kita. Jika kita tidak sibukkan hati kita dengan perkara perkara baik, pastia ia akan dipenuhi dengan perkara perkara yang jahat. Nauzubillah.
6. JAGA SOLAT
Cuba solat di awal waktu. Jangan bertangguh. Seboleh mungkin, tinggalkan urusan duniawi yang sedang kita lakukan dan bersegeralah menyahut seruan ALLAH.
Lots of Love,